Akaun lumisky.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Prosedur Operasi Standard (SOP) Bagi Ejen Dropship Le Familia



1. STAGE 1 (Daftar & Lakukan Pemasaran / Marketing)


A) Daftar & cipta akaun dropship anda di sistem. Sila rujuk video di bawah.

Link Pendaftaran & Ke Sistem Akaun Dropship : https://lefamilia.shop/dropship 


B) Dapatkan bahan-bahan untuk pemasaran di sumber di bawah.


C) Download, copy & pilih saluran atau 'channel' pemasaran yang betul. Mulakan aktiviti pemasaran

Contoh : (Online)

Whatsapp : Status, Post ke Group, Post kepada rakan-rakan atau bakal pelanggan

Facebook : Newsfeed Post, Group Post, Facebook Comment, Story, FB Shop

Instagram : Post, Story, Reel, Insta Shop

Tik Tok : Video, Story, Tik Tok Shop

Twitter : Tweet 




2) Stage 2 (Lakukan Jualan)


A) Setelah anda melakukan pemasaran/ mareketing, prospek atau bakal pelanggan akan mula menghubungi anda.

B) Perkenalkan diri dan nyatakan anda adalah wakil ejen jualan bagi produk Le Familia.

C) Berikan maklumat produk seperti :-

  • Pilihan produk Le Familia
  • Kelebihan umum produk Le Familia
  • Wangian Le Familia
  • Caj Penghantaran

D) Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai produk atau tempahan, ejen boleh merujuk kepada link page di bawah




E) Jawab soalan yang diajukan oleh prospek dengan tenang & jika tidak dapat dijawab, minta masa untuk 'update' semula selepas mendapat konfirmasi daripada team HQ

F) Sekiranya prospek telah tiada sebarang persoalan, tanya prospek produk yang ingin dibeli serta nyatakan serta kuantiti.

G) Sekiranya prospek tidak memberi jawapan atau belum membuat keputusan, beri masa untuk prospek untuk berfikir. Minta kebenaran kepada prospek untuk anda 'follow-up'. Nyatakan tarikh dan masa anda akan menghubungi prospek semula. (Sebaiknya 1 hari)

H) Hubungi atau 'follow-up' semula prospek pada masa yang ditetapkan. Berikan 1 gambar atau 1 video review/testimoni produk yang ingin dibeli prospek. Nyatakan semula jumlah yang perlu dibayar dan tanyakan sama ada prospek ingin meneruskan pembelian.

I) Sekiranya prospek bersetuju, minta pengesahan produk yang ingin dibeli beserta bayaran yang perlu dibayar.  

J) Ambil maklumat pelanggan seperti berikut :

NAMA PELANGGAN
NO TELEFON UNTUK DIHUBUNGI
EMAIL
ALAMAT PENGHANTARAN
BUKTI PEMBAYARAN SAMADA ONLINE ATAU OFFLINE
PRODUK YANG DIBELI BESERTA KUANTITI




3. STAGE 3 (Masukkan Tempahan Ke Dalam Sistem) 


Berikut merupakan langkah-langkah untuk ejen masukkan order/temapahan ke dalam sistem. Selepas tempahan dibuat pihak HQ akan menguruskan penghantaran ke alamat penerima.



4. STAGE 4 (Maklumkan/'Update' Maklumat Atau Status Tempahan Kepada Klien ) 


Segala maklumat tempahan akan diberikan sama ada melalui emel & SMS kepada pembeli secara langsung. Walaubagaimanapun sekiranya pembeli ingin mendapatkan 'update' terbaru mengenai tempahan, para ejen boleh menonton langkah-langkah di bawah. Sekiranya tiada 'update' terbaru di dalam sistem, para ejen boleh bertanya kepada HQ. 

Link Pertanyaan : https://wasap.my/601156592391 



5. STAGE 5 (Semak & Dapatkan Komisyen) 

Berikut merupakan cara menyemak komisyen terkumpul di dalam sistem. Pembayaran komisyen akan dibuat pada awal kalendar setiap bulan. Sebarang Bonus atau Hadiah pula akan diumumkan di dalam group & personal DM.








Perlukan Bantuan?